Perbezaan @ tanda-tanda mengandung anak lelaki

Setiap kali saya mengandung ada je perbezaannya, cuma ketika mengandung anak perempuan, perbezaan tu tak ketara sangat, kiranya kalau diukur pada graf ianya senada je. Bila mengandung anak lelaki, graf tu mencanak naik. Apa yang saya tulis ni, setakat yang saya ingat ketika entry ini ditaip, lainkali kalau saya ingat lagi,saya akan update, itupun kalau rajin. haha.. Untuk pengetahuan u all, saya mengandung kali ni, tiada pun yang buat andaian anak dalam kandungan saya ini lelaki atau perempuan, berlainan dengan sebelum2 ni tau.. tapi mengandung kali ni, ramai yang cakap "..... doakan moga dapat anak lelaki"... AllahuAkbar, mereka bukan lagi buat andain tetapi mereka doakan saya untuk dapat zuriat lelaki.. Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan saya untuk dikelilingi dengan insan2 yang baik.. Puji-pujian pada Allah yang maha penyayang... Ohya apa yang saya tulis, ianya adalah mengenai diri saya sendiri tau, lain orang mungkin lain perbezaannya

Perbezaan yang paling ketara adalah saya TAK SUKA TEMPEK BEDAK DEKAT MUKA, MEKAP ATAU SEWAKTU DENGANNYA.. U all bayanglah, sepanjang 9 bulan saya mengandung tu, mungkin sekali dua je saya pakai bedak di muka, itupun masa awal2 mengandung. Waktu lain, saya tak berbedak langsung, dengan kata lain, kalau saya keluar pergi mana-mana pun, dah siap mandi, terus pakai tudung. Itu je u all.. yap, itu sahaja, toner ke krim ke apa ke, semua tak pakai... Ada ketikanya, bila nak pergi kenduri, sebelum bersiap tu, bukan main berangan nak pakai baju cantik dan nak mekap-mekap sikit, tapi bila sampai masa nak bersiap, saya ubah fikiran, pakai je baju dan tudung yang tak payah gosok, bedak pun tak payah pakai.. hahahha.. mana taknya, perasaan malas nak bersiap tu, sentiasa je bertandang tau..

Perbezaan kedua, BULU KAKI TUMBUH MACAM BULU KAKI LELAKI. Haaa kemain tau, bulu kaki lelaki lagi.. ahhahhaha... Tapi betul tau u all, awal2 mengandung dulu, eh, mungkin trimester kedua kot, tiba2 saya terperasan yang bulu kaki saya nampak macam warna hitam gelap dari biasa dan kerinting.. walhal, bulu kaki saya ni seadanya je. bukannya jenis banyak bulu kaki pun.. yang best tu, siap kerinting.. ahhahha.. Tapi ianya tak kekal pun, saya pun tak sedar bila bulu kaki lelaki tu gugur, sebabnya bila saya bersalin tu, bulu kaki lelaki dah tiada yang ada bulu kaki perempuan yang asli... ahhhahah

Perbezaan ketiga, saya SUKA MAKAN CILI PADI.. Kalau boleh semua makanan nak letak cilipadi, sebagai contoh, kalau beli laksa, dia letak sebiji je cilipadi yang belum dipotong, saya ambil lagi 3 4 biji cilipadi lepas tu saya potong kecik2. Bila nak makan laksa tu, saya akan pastikan saya gigit cilipadi tersebut, gigit cilipadi adalah satu kepuasan untuk saya pada masa tu tau. Kalau tak pedas, saya akan komplen, sampai my dear pun cakap, itu nak pedas ini nak pedas.. hahhahha.. saya nak rasa pedas cilipadi tau bukan pedas sambal @ cili kering tu.

Perbezaan yang keempat, saya menjadi seorang yang BERANI MEMANJAT. Kalau sebelum-sebelum ni, saya memang tak berani nak panjat-panjat ke, angkat benda berat ke, buat kerja berat ke tapi kali ni sangat berlainan, saya boleh pergi panjat almari untuk ambil barang, dari awal mengandung sampai nak bersalin, walhal my dear dah tegur jangan panjat. Saya pun pelik, biasanya saya jenis risau nak buat benda-benda macam tu ketika mengandung. Satu hari tu, saya panjat kerusi dekat luar rumah sebab nak gantung tali dekat awning rumah saya pasal nak letak ampaian baju. Jiran saya yang tengok aksi saya tu pula yang menjerit, siap cerita dekat mak saya yang saya memanjat.. Panjat tangga untuk cat rumah pun saya berani, hilang semua gayat saya masa ni, ikutkan saya ni jenis gayat sebenarnya.

Perbezaan kelima, kalau tadi berani buat kerja berat, kali ni BERANI MAKAN NANAS. Pelik, memang pelik. U all tahu tak, kalau ikutkan saya mengandung sebelum-sebelum ni, jangan kata nanas, tart nanas ke, gula-gula perisa nanas ke, semua saya tak makan tau, asal ianya terselit nanas walau sikit. Tapi kali ni, boleh pula saya makan nanas, cumanya bukanlah nanas yang fresh tu tapi nanas dalam tin. Sama juga dengan betik, selama ni, saya tak makan betik ketika mengandung pasal ianya boleh menyebabkan keguguran, tapi tu la, waktu ni pula jiran saya datang hantar betik, terliur usah dikata, tak tahan punya pasal, saya makan juga, mulanya sepotong tapi dah makan satu rasa sedap, akhirnya berpotong-potong saya makan.

Perbezaan keenam, saya jadi seorang yang SANGATTTTTT RAJIN MASAK UNTUK DIBERI KEPADA JIRAN TETANGGA. Sebelum-sebelum ni, masa duduk rumah sewa, saya rajin juga masak cumanya tiadalah bagi jiran sebab saya sendiri tak yakin dengan masakan saya. Berlainan dengan kali ini, saya macam yakin je masak sedap... hahhahhahhahha... tak beragak ok, masak banyak-banyak hantar lebih daripada 10 buah rumah. Harapnya nanti, Ammar pun akan jadi seorang anak yang pandai masak dan rajin menolong isteri juga selain dari menjadi seorang yang pemurah untuk berkongsi rezeki dengan orang lain. InsyaAllah.. 

Perbezaan ketujuh, di awal-awal mengandung, saya selalu RASA PENING KEPALA. Seingat saya , tak pernah saya mengandung sampai rasa pening kepala. Bila kepala dah pening, badan mulalah rasa letih.

Perbezaan kelapan, buat pertama kalinya sepanjang saya mengandung, orang TEGUR KULIT MUKA SAYA KUSAM, TIADA SERI. Haaa ambik...!! hahhahh... saya bagitahulah, mungkin pasal saya tak berbedak kot... tapi lepas tu dia boleh cakap pula, biasanya kalau mengandung muka kusam dan tak berseri ni, ANAK LELAKI... saya pula biasa dengar orang kata, kalau tak berseri perempuan sebab anak dah ambik seri ibu.. 

Perbezaan kesembilan, u all tahu tak, untuk checkup kadar denyutan jantung bayi ni adalah yang saya paling tunggu bila pergi checkup di klinik ibu anak. Nak tau kenapa? Sebab saya ada terbaca orang kata, "MENGANDUNG ANAK LELAKI, KADAR DENYUTAN JANTUNG BAYI 140 KEBAWAH MANAKALA PEREMPUAN SEBALIKNYA"... Pada mula-mula checkup tu, berdebar-debar pun ada tau u all... Anak-anak perempuan saya sebelum ni, semuanya kadar denyutan jantung mereka adalah 140 ke atas, bila checkup mengandung keempat ni kadar denyutan jantung bayi, semua 140 kebawah..

Setakat ni, ini jela yang saya ingat... apa yang saya tulis adalah perubahan yang ketara, maksud saya ketara tu, ianya hanya berlaku untuk kandungan keempat ini sahaja. Eh kejap, nak cerita juga, ketika mengandung, saya ada test jantina anak guna soda bikarbonat + air kucil tau, jawapannya, ianya berbuih @ mengandung lelaki.

UPDATE 17/04/3017

Perbezaan kesepuluh, URAT HIJAU HALUS TIMBUL DI BETIS KANAN DAN KIRI.. Ini satu lagi perbezaan ketara, tiba-tiba urat kaki tumbuh, dahla warna hijau pula, seriau betul saya tengok. Nak lagi hebat, tak hilang sampai sekarang.

UPDATE 27/11/2017

Perbezaan kesebelas, PUSAT TAK TIMBUL, eh bukan tak timbul langsung, macam ni, kalau saya tengok pusat saya dari atas, saya tak nampak pusat saya tu timbul walhal memang timbul tapi tak nampak, maybe sebab kedudukannya ke bawah sikit. Berlainan 3 kali mengandung sebelum ni, memang pandang dari atas nampak je pusat saya tu timbul.

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Perbezaan @ tanda-tanda mengandung anak lelaki

1 comment... add one now

Sheila Adziz Sheila Adziz March 14, 2017
allhamdulillah... byk bezanya sis... akak mengandung anak ke3 pun girl2... semoga sis n bby sihat yer...